Friday, June 17, 2011

Khutbah ku dengar

Assalamualaikum pembuka bicara… Dipagi sabtu yang suram2 mendung ni, tiada apa yang menarik untuk aku lakukan. Bersantai dirumah adalah satu yang sangat menyeronokkan setelah 5 hari aku habiskan untuk bekerja. Nak balek kampung badjet lari sikit la, roadtax kereta myvi aku ini baru renew. Oh kampung ku, sangat best duduk dikampung, bangun tido boleh dengar bunyi unggas, sangat tenang jiwa ini. Dibandingkan tinggal dibandar besar, bangun tido bunyi lori enjin lalu lalang depan rumah. Sangat kacau jiwa. Tapi, hidup mesti diteruskan, mencari rezeki yang halal.

Menulis blog sambil mendengar lagu “pokok” yang baru aku download semalam diselangi dengan meneguk fruit tree fresh mangga adalah sangat best. Setelah hampir beberapa lama aku tidak mengupdate isi blog ku ini. Semalam seperti biasa, hari jumaat aku pergi solat jumaat. Pada kali ini khutbah yang diberikan menyentuh sedikit keinsafan jauh didalam hati aku ini. Khutbah yang diberikan mengisarkan kehidupan manusia selepas alam kehidupan didunia ini. Imam yang memberi khutbah semalam sangat pandai memainkan nada suara dengan isi kandungannya, sehinggakan aku agak tersentak dengan khutah yang diberikan.

Adalah sangat aib kita semasa alam kubur dan dipadang mahsyar jika melakukan dosa2 semasa didunia. Kisah yang diceritakan adalah sangat menakutkan dan mengerikan. Jika aku cuba banyangkan pada ketika itu, semua umat manusia bisa menangis dengan keadaan manusia yang lain. Ketika dipadang mahsyar nanti, sebelum manusia dihisap, kita semua akan dihimpunkan dengan keadaan yang amat pelik antara satu sama lain. Semuanya bergantung dengan amalan masing2 ketika dunia. Bayangkan antara kisah, dimana manusia akan bejalan dengan menggunakkan mukanya. Ada seorng sahabat nabi bertanyakan kepada baginda, bagaimana manusia boleh berjalan dengan menggunakan mukanya, nabi menjawab jika Allah boleh menciptakan manusia berjalan menggunakan kaki, begitu juga jika Dia mahukan hambanya berjalan menggunakan muka nya. Subhanallah.

Mengenangkan dengan isi khutbah semalam, membuatkan aku terbayang dan memikir sebelum aku tido pada malam tadi. Siapa tau umur kita panjang mana kan. Untuk berubah sepenuhnya adalah susah bukan, tetapi tidak salah untuk memperbaiki kelakuan kita demi hari. Orang paling berjaya didalam hidup mereka adalah belajar sesuatu yang baru dan memperbaiki dirinya setiap hari. Kadang2 hidup didunia yang serba moden ini, tersangat banyak godaan dan persekitaran yang sangat mendorong kearah kemungkaran. Tetapi pada aku, fikirlah sebelum lakukan itu adalah satu benda yang boleh dijadikan satu panduan hidup untuk selamat dan berdoalah setiap hari untuk sentiasa dilindungi.

Aku rasa ini sahaja untuk kali ini, sama-sama lah kita renungkan, aku ini pun bukannya baik sangat kelakuaannya. Tapi sama2 lah kita fikirkan kehidupan kita selepas di dunia ini.

Assalamualaikum, xjawab dosa, jawap saying…. Best Blogger Tips

Saturday, May 21, 2011

Sapa Tau...

Assalamualaikum,
Duduk didepan laptop sambil mendengar video live Boo Hoo Clapping dan secawan susu dipagi sabtu adalah sangat best. Tanganku mula mencari tetikus dan melihat kembali blog yang aku aktifkan semula seminggu yang lepas. Otak kanan ku mula mencari2 idea untuk menulis. Maka terlintaslah idea mengenai sapa tau ini ilham dari mendengar video boo hoo clapping ini dimana video ini aku simpan sejak 4 taun yg lepas. Mendengar video? Agak pelikkan, sebab aku buka video tp minimizekan window KM Player aku. Haha. Semasa aku mendengar video ini, aku teringat zaman persekolahan aku dimana aku sangatlah aktif dengan kegiatan bawah tanah semasa tinggal diasrama bersama kawan karibku, saudara Razi Kamiran (Hey kawan, ko xrindu kezaman kita dulu-dulu). Dari menulis risalah2 mengedarkan risalah dipekan, mengunjungi gig2 di ibu kota dan bandaraya Johor Bahru sehinggalah ditampar oleh cekgu kesanyangan kami. Tetapi kenangan ini mungkin tidak dialami oleh mereka yang tidak mengetahui apa yang kami lalui dan perjuangkan semasa zaman itu.




Aku maseh ingat semasa dizaman itu, umurku baru berusia 16 tahun. Fesyen budak sekolah yang sangat popular dengan penampalan patches pada beg sekolah dan mengenakan kasut Converse dikaki yang sangat menjadi gilaan pada zaman itu. Sapa yang pakai, boleh jalan dengan kerek sekali, terasa diri itu hebat (termasuklah aku, haha). Duet biasiswa yang diperuntukkan oleh kerajaan habis aku gunakan untuk menentang kerajaan, umur maseh muda yang sentiasa memikirkan akan hari esok bukannya berfikir akan hari lusa. Aku maseh ingat lagi aku dan Razi memasang kaset di dalam dewan makan semasa kawan2 asrama hostel yang lain lena tidur dibilik. Kami gasak memasang kaset tapi pada level volume yang rendah lah. Semasa mendengar didewan makan, kami terasa seperti didalam gig di dewan wadiwana Johor Bahru (betul ke aku eje erk). Itu tidak dikira kami fly ke KL dan JB untuk pergi gig, satu kepuasan yang tidak digambarkan jika dapat pulang dengan selamat dengan telingan yang maseh berdengung akibat kesan instrument music didalam gig.


Tetapi, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh juga ketanah. Itu perumpamaan yang dapat aku kata kan kepada aku dan Razi selepas kegiatan kami yang terbongkar oleh pihak sekolah semasa 4 bulan sebelum aku menamatkan persekolahaku. Kami dipanggil oleh beberapa cekgu kaunseling dan di soal siasat. Paling yang aku tidak dapat terima adalah mereka mengcop kami sebagai Black Metal dan terpesong agamanya. Ya tuhan, Ibu mana yang tidak runtuh hatinya mendengar anaknya sudah terpesong akidahnya. Sejak hari itu dendam aku sangatlah menebal kepada mereka2 ini. Tetapi, xtau caranya nak membalas dendam, haha. Aku difitnah dan semua cekgu subjek pelajaran aku sudah menarik muka dengan kami. Patutlah SPM aku teruk kerana disumpah dek mereka inilah agaknya. Mungkin mereka fikir, kami ini sudah tiada masa hadapan mungkin, tapi sapa tau. Selepas peristiwa itu, kami sudah mula perlahan didalam dunia kami yang dulu. Tetapi cara permikiran kami maseh seperti dahulu dan bnyak yang kami belajar semasa aktif didalam scene HC.


Alhamdulillah syukur kepada tuhan kerana memberi kejayaan kepada aku dan rakan2 asrama yang lain. Masing2 aku rasakan sudah mempunyai kerjaya dan kareer yang terjamin untuk masa depan. Ada yang sudah berketa import yang sangat segak dijalan raya, aku cuma tumpang naek jek la kalo mcm nak rase best. Ade yang sudah dan bakal mendirikan rumah tangga semasa diumur kami ini. Aku sangat gembira kerana dikurniakan oleh tuhan kawan2 seperti mereka ini dan kalau nak tau squad kami ni adalah PAHTENTANG. Nama ini bersempena kerana sifat semula jadi batch kiteorng yang sangat suka melawan. Nakal sungguh kami dulu. Perbuatan yang akan aku tidak dapat lupakan adalah berkongsi makanan, tetapi cara kami ini sangatlah pelik dan tidak mungkin dilakukan oleh manusia lain. Jika salah seorng dari kami ini ada makanan, satu jeritan isyarat akan dilakukan oleh salah seorng, dan semua Pahtentang akan belari ketempat jeritan itu dibuat. Hahaha. Tindakan seterusnya, aku tidak mahu ceritakan, sebab diluar perilaku manusia biasa.

Selain itu, aktiviti membaling apam ke aspuri adalah menjadi rutin kami. Seperti biasa, selepas minum petang didewan makan, kami akan membawa seketul apam standbay untuk baling ke aspuri. Ini adalah tindakan memberontak kerana pihak sekolah menyediakan apam yang seakan batu kepada kami. Haha. Gila apa nak makan apam kenyal mcm bola getah. Tetapi aspuri yang tidak bersalah menjadi sasaran. Perkara yang menjadi rutin harian kami adalah skodeng aspuri. Bukan salah kami yang skodeng, ini adalah salah pihak sekolah kerana membina bangunan aspuri yang sangat hampir dengan aspura. Waktu kemuncak bagi kami adalah waktu menjelang maghrib. Kami yang lelaki ini akan bersiap awal untuk kesurau. Tetapi sebelum kesurau, akan melekat ditingkap bilik Abu Bakar kerana bilik yang paling strategi. Haha. Tak tau la tradisi berterusan sampai ke sekarang atau tidak. Nakal2 kami hanyalah nakal budak asrama yang maseh hingusan dan tidak mungkin kenangan itu akan kami lupakan, tapi sapa tau. Best Blogger Tips

Thursday, July 17, 2008

Sekapur Sireh

Assalamualaikum,

Salam perkenalan kepada semua dan terima kaseh kerana sudi membaca ruangan koran yang aku tuliskan ini. Buat pertama kalinya aku menulis diblog setelah usia aku sudah agak dewasa untuk memulakan penulisan ini. Tujuan aku menulis blog adalah untuk berkongsi buah fikiran aku dan pengalaman hidup dengan kawan2 diluar sana. Sebelum aku memulakan penulisan ini, suka aku perkenalkan diri ini, nama ku Shaiful, banyak sebenarnya nama panggilan aku, tetapi cukuplah kalian mengenali aku sebagai Shaiful. Aku seorang lelaki kacak dan kurus yang berambut kulut, dan mempunyai impian untuk menjadi seorang yang kaya suatu hari nanti, Ya.

Pada mulanya aku pun tidak tahu untuk apa aku menulis, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menulis dan disini aku rasa ada ruang untuk aku berkongsi idea2 kepada kalian semua. Sewaktu disekolah menengah dulu, aku agak aktif dalam penulisan bawah tanah, dan pernah ditangkap kerna dilabelkan sebagai black metal. Selepas kejadian itu aku mula jauhkan diri dalam dunia penulisan bebas ini, namun selepas hampir 10 tahun, semangat untuk menulis itu muncul semula. Tetapi kali ini, mungkin idea yang cuba aku tampilkan agak berbeza dengan penulisan aku yang dahulu. Aku akan cuba sedaya upaya memajukan ruangan dengan idea luahan hati dan beberapa info yang boleh aku kongsikan kepada semua.

Aku harapkan dapat menulis dengan konsisten dan terus menulis walaupun masa yang aku ada pada hari minggu sangatlah terhad dengan komitmen kerja. Pergi kerja matahari baru terbit, pulang kerja hari sudah gelap. Tapi aku harapkan semangat aku ini bukanlah seperti hangat2 tai ayam. Sebarang komen bolehlah kalian berikan disetiap post yang aku tuliskan. Cukuplah untuk kali ini aku rasakan.

Sekian……

Best Blogger Tips