Friday, June 17, 2011

Khutbah ku dengar

Assalamualaikum pembuka bicara… Dipagi sabtu yang suram2 mendung ni, tiada apa yang menarik untuk aku lakukan. Bersantai dirumah adalah satu yang sangat menyeronokkan setelah 5 hari aku habiskan untuk bekerja. Nak balek kampung badjet lari sikit la, roadtax kereta myvi aku ini baru renew. Oh kampung ku, sangat best duduk dikampung, bangun tido boleh dengar bunyi unggas, sangat tenang jiwa ini. Dibandingkan tinggal dibandar besar, bangun tido bunyi lori enjin lalu lalang depan rumah. Sangat kacau jiwa. Tapi, hidup mesti diteruskan, mencari rezeki yang halal.

Menulis blog sambil mendengar lagu “pokok” yang baru aku download semalam diselangi dengan meneguk fruit tree fresh mangga adalah sangat best. Setelah hampir beberapa lama aku tidak mengupdate isi blog ku ini. Semalam seperti biasa, hari jumaat aku pergi solat jumaat. Pada kali ini khutbah yang diberikan menyentuh sedikit keinsafan jauh didalam hati aku ini. Khutbah yang diberikan mengisarkan kehidupan manusia selepas alam kehidupan didunia ini. Imam yang memberi khutbah semalam sangat pandai memainkan nada suara dengan isi kandungannya, sehinggakan aku agak tersentak dengan khutah yang diberikan.

Adalah sangat aib kita semasa alam kubur dan dipadang mahsyar jika melakukan dosa2 semasa didunia. Kisah yang diceritakan adalah sangat menakutkan dan mengerikan. Jika aku cuba banyangkan pada ketika itu, semua umat manusia bisa menangis dengan keadaan manusia yang lain. Ketika dipadang mahsyar nanti, sebelum manusia dihisap, kita semua akan dihimpunkan dengan keadaan yang amat pelik antara satu sama lain. Semuanya bergantung dengan amalan masing2 ketika dunia. Bayangkan antara kisah, dimana manusia akan bejalan dengan menggunakkan mukanya. Ada seorng sahabat nabi bertanyakan kepada baginda, bagaimana manusia boleh berjalan dengan menggunakan mukanya, nabi menjawab jika Allah boleh menciptakan manusia berjalan menggunakan kaki, begitu juga jika Dia mahukan hambanya berjalan menggunakan muka nya. Subhanallah.

Mengenangkan dengan isi khutbah semalam, membuatkan aku terbayang dan memikir sebelum aku tido pada malam tadi. Siapa tau umur kita panjang mana kan. Untuk berubah sepenuhnya adalah susah bukan, tetapi tidak salah untuk memperbaiki kelakuan kita demi hari. Orang paling berjaya didalam hidup mereka adalah belajar sesuatu yang baru dan memperbaiki dirinya setiap hari. Kadang2 hidup didunia yang serba moden ini, tersangat banyak godaan dan persekitaran yang sangat mendorong kearah kemungkaran. Tetapi pada aku, fikirlah sebelum lakukan itu adalah satu benda yang boleh dijadikan satu panduan hidup untuk selamat dan berdoalah setiap hari untuk sentiasa dilindungi.

Aku rasa ini sahaja untuk kali ini, sama-sama lah kita renungkan, aku ini pun bukannya baik sangat kelakuaannya. Tapi sama2 lah kita fikirkan kehidupan kita selepas di dunia ini.

Assalamualaikum, xjawab dosa, jawap saying…. Best Blogger Tips

No comments: