Duduk didepan laptop sambil mendengar video live Boo Hoo Clapping dan secawan susu dipagi sabtu adalah sangat best. Tanganku mula mencari tetikus dan melihat kembali blog yang aku aktifkan semula seminggu yang lepas. Otak kanan ku mula mencari2 idea untuk menulis. Maka terlintaslah idea mengenai sapa tau ini ilham dari mendengar video boo hoo clapping ini dimana video ini aku simpan sejak 4 taun yg lepas. Mendengar video? Agak pelikkan, sebab aku buka video tp minimizekan window KM Player aku. Haha. Semasa aku mendengar video ini, aku teringat zaman persekolahan aku dimana aku sangatlah aktif dengan kegiatan bawah tanah semasa tinggal diasrama bersama kawan karibku, saudara Razi Kamiran (Hey kawan, ko xrindu kezaman kita dulu-dulu). Dari menulis risalah2 mengedarkan risalah dipekan, mengunjungi gig2 di ibu kota dan bandaraya Johor Bahru sehinggalah ditampar oleh cekgu kesanyangan kami. Tetapi kenangan ini mungkin tidak dialami oleh mereka yang tidak mengetahui apa yang kami lalui dan perjuangkan semasa zaman itu.
Aku maseh ingat semasa dizaman itu, umurku baru berusia 16 tahun. Fesyen budak sekolah yang sangat popular dengan penampalan patches pada beg sekolah dan mengenakan kasut Converse dikaki yang sangat menjadi gilaan pada zaman itu. Sapa yang pakai, boleh jalan dengan kerek sekali, terasa diri itu hebat (termasuklah aku, haha). Duet biasiswa yang diperuntukkan oleh kerajaan habis aku gunakan untuk menentang kerajaan, umur maseh muda yang sentiasa memikirkan akan hari esok bukannya berfikir akan hari lusa. Aku maseh ingat lagi aku dan Razi memasang kaset di dalam dewan makan semasa kawan2 asrama hostel yang lain lena tidur dibilik. Kami gasak memasang kaset tapi pada level volume yang rendah lah. Semasa mendengar didewan makan, kami terasa seperti didalam gig di dewan wadiwana Johor Bahru (betul ke aku eje erk). Itu tidak dikira kami fly ke KL dan JB untuk pergi gig, satu kepuasan yang tidak digambarkan jika dapat pulang dengan selamat dengan telingan yang maseh berdengung akibat kesan instrument music didalam gig.
Tetapi, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh juga ketanah. Itu perumpamaan yang dapat aku kata kan kepada aku dan Razi selepas kegiatan kami yang terbongkar oleh pihak sekolah semasa 4 bulan sebelum aku menamatkan persekolahaku. Kami dipanggil oleh beberapa cekgu kaunseling dan di soal siasat. Paling yang aku tidak dapat terima adalah mereka mengcop kami sebagai Black Metal dan terpesong agamanya. Ya tuhan, Ibu mana yang tidak runtuh hatinya mendengar anaknya sudah terpesong akidahnya. Sejak hari itu dendam aku sangatlah menebal kepada mereka2 ini. Tetapi, xtau caranya nak membalas dendam, haha. Aku difitnah dan semua cekgu subjek pelajaran aku sudah menarik muka dengan kami. Patutlah SPM aku teruk kerana disumpah dek mereka inilah agaknya. Mungkin mereka fikir, kami ini sudah tiada masa hadapan mungkin, tapi sapa tau. Selepas peristiwa itu, kami sudah mula perlahan didalam dunia kami yang dulu. Tetapi cara permikiran kami maseh seperti dahulu dan bnyak yang kami belajar semasa aktif didalam scene HC.
Alhamdulillah syukur kepada tuhan kerana memberi kejayaan kepada aku dan rakan2 asrama yang lain. Masing2 aku rasakan sudah mempunyai kerjaya dan kareer yang terjamin untuk masa depan. Ada yang sudah berketa import yang sangat segak dijalan raya, aku cuma tumpang naek jek la kalo mcm nak rase best. Ade yang sudah dan bakal mendirikan rumah tangga semasa diumur kami ini. Aku sangat gembira kerana dikurniakan oleh tuhan kawan2 seperti mereka ini dan kalau nak tau squad kami ni adalah PAHTENTANG. Nama ini bersempena kerana sifat semula jadi batch kiteorng yang sangat suka melawan. Nakal sungguh kami dulu. Perbuatan yang akan aku tidak dapat lupakan adalah berkongsi makanan, tetapi cara kami ini sangatlah pelik dan tidak mungkin dilakukan oleh manusia lain. Jika salah seorng dari kami ini ada makanan, satu jeritan isyarat akan dilakukan oleh salah seorng, dan semua Pahtentang akan belari ketempat jeritan itu dibuat. Hahaha. Tindakan seterusnya, aku tidak mahu ceritakan, sebab diluar perilaku manusia biasa.
Selain itu, aktiviti membaling apam ke aspuri adalah menjadi rutin kami. Seperti biasa, selepas minum petang didewan makan, kami akan membawa seketul apam standbay untuk baling ke aspuri. Ini adalah tindakan memberontak kerana pihak sekolah menyediakan apam yang seakan batu kepada kami. Haha. Gila apa nak makan apam kenyal mcm bola getah. Tetapi aspuri yang tidak bersalah menjadi sasaran. Perkara yang menjadi rutin harian kami adalah skodeng aspuri. Bukan salah kami yang skodeng, ini adalah salah pihak sekolah kerana membina bangunan aspuri yang sangat hampir dengan aspura. Waktu kemuncak bagi kami adalah waktu menjelang maghrib. Kami yang lelaki ini akan bersiap awal untuk kesurau. Tetapi sebelum kesurau, akan melekat ditingkap bilik Abu Bakar kerana bilik yang paling strategi. Haha. Tak tau la tradisi berterusan sampai ke sekarang atau tidak. Nakal2 kami hanyalah nakal budak asrama yang maseh hingusan dan tidak mungkin kenangan itu akan kami lupakan, tapi sapa tau.
2 comments:
ooo... ini keje kau rupenye eyh saipul... jadi exco asrama tapi ngendap! exco ape hah ko dulu? hahaha... aku igt ko mandi awal nk pi surau bace quran... tapi gi bilik abu bakar ngendap... ngan sape lg hah ko ngandap? eyh... tu bilik aku tu dulu... hahaha
aku duk bilik osman ok.xcampor ngn geng2 ngendap nih.
Post a Comment