Monday, August 15, 2011

Everything is tactical.

Semua adalah taktikal. Saban hari bangun dari tido aku percaya setiap orng akan merancang apa yang dia mahu lakukan pada hari ini. Ya, itu juga yang akan aku lakukan saban hari. Taktikal? pentingkah dalam kehidupan seharian kita ini. Ini semua bergantung pada individu itu sendiri. Namun apa yang aku lakukan selama 25 tahun ini, ianya menjadi dengan izin tuhan. tp ada juga yang tidak menjadi, maka tawakal dan redha itu adalah jalan terakhir selepas merancang dan usahakan.

Hidup dalam zaman serba moden ini, taktikal adalah penting kerana setiap orang mahu menjadi lebih baik dengan adanya pelbagai teknologi yang serba moden. Tidak salah pada aku untuk kata kan, sesiapa yang tidak mempunyai perancangan akan ketinggalan dan terus mundur dalam kehidupan. Tapi harus diingatkan dan percaya pada ketentuan dan rezeki yang telah tuhan tetapkan, namun tuhan berjanji untuk mengubah hidup seseorang itu, jika dia mahu mengubah nasib hidupnya.

Idea untuk aku menulis pada malam ini lahir semasa aku menonton perlawan akhir kejohanan dunia badminton antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Pengulas ada mengatakan, everything is tactical. Aku bersetuju dengan penyataan yang diberikan. Dalam perlawan akhir, 2 pemain itu adalah sama handal, tapi yang membezakan mereka adalah taktikal permainan dan juga kawalan emosi. Dari situlah terbitnya idea untuk menulis ini. Aku juga selalu praktikkan dalam apa yang aku ingin lakukan dalam kehidupan sehatian aku sekarang ini. Namun masa hadapan siapa yang tahu, mungkin tuhan akan jatuhkan aku, masa itulah untuk kita uji keimanan dalam diri ini.

Ya ya, aku rasa penulisan kali ini agak bosan, namun aku mahu memberi komimen untuk terus menulis dan aku akan persembahkan gaya yang lebih menarik masa akan datang.


Sekian, Assalamualaikum,

xjawab dosa, kalo jawap sayanggg. Selamat berpuasa. Best Blogger Tips

1 comment:

AuraFIza said...

Yeah! Teruskan berblogging :)\

http://aurafiza.blogspot.com