Monday, August 15, 2011

Everything is tactical.

Semua adalah taktikal. Saban hari bangun dari tido aku percaya setiap orng akan merancang apa yang dia mahu lakukan pada hari ini. Ya, itu juga yang akan aku lakukan saban hari. Taktikal? pentingkah dalam kehidupan seharian kita ini. Ini semua bergantung pada individu itu sendiri. Namun apa yang aku lakukan selama 25 tahun ini, ianya menjadi dengan izin tuhan. tp ada juga yang tidak menjadi, maka tawakal dan redha itu adalah jalan terakhir selepas merancang dan usahakan.

Hidup dalam zaman serba moden ini, taktikal adalah penting kerana setiap orang mahu menjadi lebih baik dengan adanya pelbagai teknologi yang serba moden. Tidak salah pada aku untuk kata kan, sesiapa yang tidak mempunyai perancangan akan ketinggalan dan terus mundur dalam kehidupan. Tapi harus diingatkan dan percaya pada ketentuan dan rezeki yang telah tuhan tetapkan, namun tuhan berjanji untuk mengubah hidup seseorang itu, jika dia mahu mengubah nasib hidupnya.

Idea untuk aku menulis pada malam ini lahir semasa aku menonton perlawan akhir kejohanan dunia badminton antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Pengulas ada mengatakan, everything is tactical. Aku bersetuju dengan penyataan yang diberikan. Dalam perlawan akhir, 2 pemain itu adalah sama handal, tapi yang membezakan mereka adalah taktikal permainan dan juga kawalan emosi. Dari situlah terbitnya idea untuk menulis ini. Aku juga selalu praktikkan dalam apa yang aku ingin lakukan dalam kehidupan sehatian aku sekarang ini. Namun masa hadapan siapa yang tahu, mungkin tuhan akan jatuhkan aku, masa itulah untuk kita uji keimanan dalam diri ini.

Ya ya, aku rasa penulisan kali ini agak bosan, namun aku mahu memberi komimen untuk terus menulis dan aku akan persembahkan gaya yang lebih menarik masa akan datang.


Sekian, Assalamualaikum,

xjawab dosa, kalo jawap sayanggg. Selamat berpuasa. Best Blogger Tips

Wednesday, August 10, 2011

The Flat Head


Alhamdulillah, akhirnye aku mempunyai masa juga untuk menulis didalam ruangan ini. Hampir berbulan juga aku tidak mengisi koran ini. Didalam bulan puasa ini, masa yang ada bagi setiap orng adalah terbatas dengan kerja, berbuka, dan kalau yang rajin pergi terawikh. Malam adalah masa yang sangat sesuai untuk beristerirehat. Tenangkan fikiran dengan melayan jiwa. Begitu juga aku, tiada apa yang menarik untuk aku lakukan walaupun masih bujang yang orang kata masa yang sesuai untuk berjimba-jimba.


The Flat Head. Ape kebende tu? itulah idaman aku sejak setahun yang lepas. FH adalah salah satu denim yang popular bagi penggemar denim buatan jepun yang terkenal dengan kualiti kain dan juga harganya. Kadang orang kata harganya xberpatutan bagi hnya sehelai seluar, tapi pada aku ianya adalah berbaloi untuk dimiliki dengan nilai denim itu. Harga yang boleh mencapai harga sebuah kamera Nikon EOS, namun kepuasan selepas menyarungnya bulan lepas aku tersangatlah bagaikan diawangan. Kisahnya bermula ketika aku pergi ke suah pusat membeli belah di singapura dan menjumpai butik denim. ketika melangkah masuk, dari jauh aku dapat melihat keindahan sulaman kapas yang seberat 16 ounch dari jauh. Ya, itulah Flat Heat aku.


Ditempat kerja aku, ada sorang mamat yang agak vateran (merangkap trainer), akan menukar denimnya setiap hari. aku dapat memerhatikan tag diatas poket belakangnya yang tersangat mengancam wa cakap sama lu, membuatkan aku lebih bersemangat untuk memiliki sehelai FH akan datang ini.


Dalam kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kalian yang sudi untuk membaca blog aku didalam bulan pose ini. Semoga kalian semua sukses dalam hidup seharian anda.


Assalamualaikum, tak jawap dosa, kalau jawap sayang. babai.


Best Blogger Tips