Wednesday, September 5, 2012

Aku telah Meminang Die....

Akhirnya, tanggal 31/08/2012 aku telah menjadi tunangan orang. Perkara yang aku tidak dijangka dan terfikir dalam benak otak aku ni setahun yang lalu. Sememangnya tuhan itu maha berkuasa dan kita sebagai hambanya tidak pernah menyangka apa yang telah dirancang olehNya.

Pada tarikh keramat itu, rombongan dari keluarga aku membawa hajat ke rumah kekasih hati. Dengan iringan 7 dulang yang dibawa oleh adik-adik dan sepupu yang lain, rombongan semacam sebuah bus berkumpul didalam rumah En Amran. Seperti biasa orang yang nak bertunang tak boleh masuk ke dalam rumah, aku ditemani kawan yang datang hanya mengarut kosong diluar rumah sambil dijamu bakaran bunga api. Haha. Agak nervous la aku diluar rumah, takut-takut kalo pinangan ditolak. Didalam benak fikiran terfikir-fikir apa yang mereka bincangkan didalam rumah. Selang setengah jam begitu, aku dipanggil masuk. Kalo sudah dipanggil masuk maknanya boleh kawen la kan. Haha. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar dan aku melihat hantaran diatur rapi di tengah ruang rumah. Tidak dilupakan, barang hantran adalah hasil gubahan aku sendiri.

Dan mula la sesi bergambar bersama cik Suhaida yang kini bergelar tunang ku. Tapi bak kata Apeng, "Tunang tak boleh cium lagi", hahaha. Memang betul la, majlis pertunangan ini adalah hanya satu majlis untuk mengishtiharkan kami akan berkahwin dalam tempoh yang akan ditetapkan nanti. Seperti majlis pertunangan zaman moden ini, tunang pun sudah ada pelamin dan ini semacam budaya kini dan mungkin akan menjadi buah mulut orang kalau tidak dipasang. Haha. Kami pun ber-posing diatas mini pelamin dan aku agak kekok untuk mengayakan posing macam mana paling sesuai untuk digayakan. Aku dapat merasakan rahang aku agak lenguh kerana seynum yang terpaksa dibuat-buat. Tetapi agak mengecewakan, juru gambar aku iaitu adik-adik aku semuanya tak berapa nak pandai gune kamera lens pendek aku nih. Hasilnya adalah beberapa gambar antara aku dan die. Setelah selesai sesi bergambar, aku sempat berbual-bual dengan bakal saudara aku nanti dan aku agak senang berbicara dengan mereka.

Dan tidak dulupakan kepada sahabat baek aku, kujing yang bertunang jugak pada keesokkan hari bersama kekasih hatinya. Akhirnya kami telah mengorak langkah seterusnya dalam kehidupan kami. Apa-apa pun, kepada anda yang membaca ruangan ini, doakan jodoh kami berpanjangan sehingga akhir hayat.

Best Blogger Tips

Wednesday, July 25, 2012

Sebuah kisah klasik

Aku baru sahaja membaca blog seorang kenalan lama yang aku sudah lama tidak bertanya kabar berita. Memang terlintas dihujung lubuk hati untuk menelefon seperti dulu "hai awak, macam mana hari ni? sambung buat thesis ke?". Kami mula berkenalan sejak aku tahun satu semasa zaman study dan terlintas untuk berkenalan selepas melihat top 6 friend on my friend Friendster's wall. "Orkeed" wow comelnye sama macam namanye. Tapi kami berjumpa setelah 4 tahun berkenalan. Seorang yang susah untuk di jangka dan secara jujur aku maseh belum mengenali hati budinya sehinggalah akhir perkenalan kami.

Banyak persamaan antara kami dan sering bergelak kalo bersembang tapi tiada perbicaraan serius dalam perkenalan. Walaupun dia adalah seorang pantai timur, namun xadela loghat sangat dalam perbualan kami. Ya, tidak dinafikan aku penah rasa jatuh hati pada nya, namun semakin hari semakin aku hanya boleh menerima dia sebagai seorang kawan. Mungkin doa solat ku untuk bertemu jodoh yang sempurna untuk hidup ini, Allah hanya mengaturkan hubungan kami hanya sebagai kawan. Ketika bulan terakhir sebelum dia menghabiskan projek master di ibu negara, kami sempat berjumpa untuk kali terakhir. Dan itulah kali terakhir aku berjumpa dan tiada panggilan telefon dan sms antara kami selepas hari itu.

Didalam penulisannya didalam blog banyak kali nama aku hadir, dan perkara yang sama dituliskan ape yang terkandung dalam hati aku. Mungkin tuhan lebih mengetahui apa yang terbaek untuk kami. Semoga kau sukses selalu kawan percayalah kamu adalah seorang kawan yang best aku kenali.



Very Thanks,

Shaiful

Best Blogger Tips

Tuesday, May 29, 2012

Bile hati sudah sayang.

Akhirnya aku jatuh centa setelah sekian lama hati hilang rasa ini. Seseorang yang tak pernah terlintas di fikiran untuk aku curahkan rasa sayang berkongsi centa, tetapi semuanya telah terbukti bahawa jodoh itu rahasia tuhan. Semuanya datang secara tiba-tiba dan tak disangka-sangka. Segala plan terombak secara tiba-tiba dan plan yang lebih besar aku aturkan untuk beberapa bulan yang mendatang ini. Siapa sangka seorang pengawas yang aku lihat dari jauh ketika perhimpunan sekolah sekarang adalah insan yang selalu menjadi igauan malam tidur. Mungkin pengalaman centa yang lepas banyak mematangkan aku dalam hubungan kali ini. Terima kaseh Suhaida. Best Blogger Tips

Tuesday, April 10, 2012

Who knows our fate.

Assalamualikum w.b.t.

Time goes every minutes and pass to us, that means age come more and more. I realize I going old now. I'm 26 already and it right time to make something new in my life. Alhamdulillah I got what I want right now, as pakcik Din said last time " ape lagi yang ko nak pul?" I just smiled to him. For me I just start my step and many thing should I do for myself, my mom, my family and my lover. I have big plan in my life but for khalifah I just plan what logically I can do in future.

Our fate is wrote by Allah since we not in life yet. During I was kids, I always dream to be scientist in future like film I watching in tv. But I thinking at that time, what kind of work like scientist??? It always be my question on that time. I is always be average student since I in primary school until collage. Not a bad kid la, but just naughty teen same like others kid want try a new thing in their life. But who know our fate, finally I get what I dream during I was kid. Alhamdulillah.

Jodoh??? It is one of secrete from Allah and I believe that was wrote and fixed by Him. I was love one girl last time and the love story just end for few years. Ending of story make big impact in my life because when I get clash I so down on that time. Until I found one book make me smile back and confident to be strong man after that. Until now impact from content of that book, I be strong man to face any challenge thing in my life. That is fate has been wrote by Him, so what can we do just accept and redha. Just now I have meet my jodoh (InsyAllah) I pray she always be my girl and be my wife one day soon.

I think I end this writing on this moment. Very Thanks to you because spend time to read and sincerely I just wrote what I want wrote and share with you all.


Shaiful.
10:47p.m Best Blogger Tips

Monday, February 20, 2012


Assalamualaikum,

Huh! setelah sekian lame aku tidak menulis di ruangan kecil ini, pada malam yang bertuah ini, aku mengambil kesempatan yang ada untuk menulis. Tiada apa yang menarik untuk aku kongsikan pada kali ini, cuma adalah beberapa keping gambar yang aku petik ketika festival layang-layang sedunia di bukit layang-layang pasir gudang pada hujung minggu lepas.



Ini lah satu2 gambar layang-layang yang boleh aku ambek sebab aku cume bawa lens 50mm aku. Sebab apa aku bawa lens ni? sebab kecik dan muat dimasukkan dalam beg kamera aku yang comel ini. haha.





sepupu awek kujing, awek kujing, kujing.
Best Blogger Tips

Monday, January 2, 2012

2012

Assalamualaikum.

2hb Januari 2012.

Ya, tahun 2012 bermula. Umur pun semakin meningkat setahun lagi. Alhamdulillah syukur dengan umur dipanjangkan lagi oleh-Nya. Tahun 2011 belalu semacam pantas, dan bermacam yang berlaku pada tahun itu. Pelbagai kenangan dapat dicoretkan pada tahun yang lepas, dengan tukar kerja sampai 3 kali. Dan apa yang penting adalah mengejar cita-cita kerjaya dan menjadi seorang muslim yang lebih mengingati Penciptanya. Kawan2 baek dah mula berkahwen, (credit to Pesot and Syah Bakhtiar) sebenarnye aku xsuke korang kawen, xley dah nak gile2 mcm dulu. haha. Ape2 pun tahniah kepada mereka sudah memulai kehidupan bahru.

Semacam orang laen, aku juga mempunyai azam bagi tahun 2012. Ya! pelbagai plan bagi tahun 2012 ni. "Improve my career and change my status". Kalau la impian semudah kata kan senang erk. Bukan xbersyukur, tapi kan elok mencari yang lebih baek. InsyAllah.


(kenapa la dari sekolah sampai sekarang ayat-ayat bahasa aku ni mcm ni jek.)

Assalamualaikum...
Tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Best Blogger Tips

Wednesday, November 23, 2011

Salam Ma'al Hijrah


Assalamualaikum...

Semalam malam amat berat mata ini untuk aku lelapkan. Entah kenapa aku pun tak tahu. Teman serumahku pun sama, sering saja keluar masuk toilet sampai pkul 530 pagi lak tuh (padan muke ang zahir). Dalam aku berguling2 atas tilam yang berlapikkan toto aku bawa dari rumah, aku teringatkan akan maal hijrah yang kita umat islam satu dunia akan sambut pada hari sabtu ini. Semalaman aku memikirkan akan tarikh berkenaan. Entah kenapa semacam ada satu semangat baru pada tarikh 1 muharram 1433 itu. Sudah 1485 Rasulallah meninggalkan kita, semakin jauh umat manusia lalai dengan kelekaan dunia semenjak pemimpin ulung itu meninggalkan kita. Begitu juga aku, sering sahaja lalai dalam menjalani kehidupan seharian dibumi tuhan ini. Banyak fitnah-fitnah dunia yang telah aku tewas kerana iman yang lemah. Semakin hari semakin hampir kita pada hari yang dijanjikan tuhan. Terkenang dosa-dosa yang aku lakukan pada hari-hari yang lalu, seram beb. Kalau diberi peluang untuk tinggalkan, aku akan cuba gunakan. Tapi perkara yang lalu, biarkan berlalu. Masa yang ada dalam usia yang masih diberikan oleh tuhan, haruslah digunakan sebaek-baeknya. InsyAllah.


Semoga ma'al Hijrah yang akan datang ini memberi semangat baru pada aku dan kita semua. Cuba untuk berubah dari satu tahap yang lebih baek dan lebih baek. Best Blogger Tips