Aku bukanlah seorang rakyat yang ekstrim dalam berpolitik, tapi aku adalah seorang melayu yang mahukan melayu terus hidup, maju dan bijaksana ditanah airnya sendiri. InsyAllah. Semangat ini semuanya bermula selepas aku membaca buku "Surat dari Dr. Mahathir" hasil tulisan Zainuddin Maidin yang banyak menceritakan perjalanan politik Dr. Mahathir sepanjang career-nya sebagai ahli politik. Bermula dari situ aku terus mencari dan mencari hasil tulisan penulis-penulis lain yang semakin hari membuatkan jiwa aku terus ingin mencari kisah mengenai MELAYU. Sampaikan kenalan lama aku, Azikin Omar juga pernah menghadiahkan buku "The Malay Dilema" kerana pada ketika itu aku sangat tergila-gila akan Dr. Mahathir nih. Hahaha.
Walaubagaimanapun, aku bukan lah penyokong Paklah mahupun Najib dan tidak pula membenci mereka, tetapi dasar prinsip berpolitik aku adalah terus menyokong mana-mana pihak yang terus berusaha untuk memajukan Melayu yang semestinya adalah Islam. Sememangnya dalam dunia politik tidak akan terlepas dari penyelewengan, rasuah, pecah amanah dan banyak lagi politik kotor yang sangat sinonim dengan dunia politik dan ianya sangat terjadi didalam UMNO. Aku tidak ianya juga terjadi pada parti politik yang lain dan aku boleh katakan, ianya adalah lumrah kehidupan manusia.