Wednesday, September 5, 2012

Aku telah Meminang Die....

Akhirnya, tanggal 31/08/2012 aku telah menjadi tunangan orang. Perkara yang aku tidak dijangka dan terfikir dalam benak otak aku ni setahun yang lalu. Sememangnya tuhan itu maha berkuasa dan kita sebagai hambanya tidak pernah menyangka apa yang telah dirancang olehNya.

Pada tarikh keramat itu, rombongan dari keluarga aku membawa hajat ke rumah kekasih hati. Dengan iringan 7 dulang yang dibawa oleh adik-adik dan sepupu yang lain, rombongan semacam sebuah bus berkumpul didalam rumah En Amran. Seperti biasa orang yang nak bertunang tak boleh masuk ke dalam rumah, aku ditemani kawan yang datang hanya mengarut kosong diluar rumah sambil dijamu bakaran bunga api. Haha. Agak nervous la aku diluar rumah, takut-takut kalo pinangan ditolak. Didalam benak fikiran terfikir-fikir apa yang mereka bincangkan didalam rumah. Selang setengah jam begitu, aku dipanggil masuk. Kalo sudah dipanggil masuk maknanya boleh kawen la kan. Haha. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar dan aku melihat hantaran diatur rapi di tengah ruang rumah. Tidak dilupakan, barang hantran adalah hasil gubahan aku sendiri.

Dan mula la sesi bergambar bersama cik Suhaida yang kini bergelar tunang ku. Tapi bak kata Apeng, "Tunang tak boleh cium lagi", hahaha. Memang betul la, majlis pertunangan ini adalah hanya satu majlis untuk mengishtiharkan kami akan berkahwin dalam tempoh yang akan ditetapkan nanti. Seperti majlis pertunangan zaman moden ini, tunang pun sudah ada pelamin dan ini semacam budaya kini dan mungkin akan menjadi buah mulut orang kalau tidak dipasang. Haha. Kami pun ber-posing diatas mini pelamin dan aku agak kekok untuk mengayakan posing macam mana paling sesuai untuk digayakan. Aku dapat merasakan rahang aku agak lenguh kerana seynum yang terpaksa dibuat-buat. Tetapi agak mengecewakan, juru gambar aku iaitu adik-adik aku semuanya tak berapa nak pandai gune kamera lens pendek aku nih. Hasilnya adalah beberapa gambar antara aku dan die. Setelah selesai sesi bergambar, aku sempat berbual-bual dengan bakal saudara aku nanti dan aku agak senang berbicara dengan mereka.

Dan tidak dulupakan kepada sahabat baek aku, kujing yang bertunang jugak pada keesokkan hari bersama kekasih hatinya. Akhirnya kami telah mengorak langkah seterusnya dalam kehidupan kami. Apa-apa pun, kepada anda yang membaca ruangan ini, doakan jodoh kami berpanjangan sehingga akhir hayat.

Best Blogger Tips