Banyak persamaan antara kami dan sering bergelak kalo bersembang tapi tiada perbicaraan serius dalam perkenalan. Walaupun dia adalah seorang pantai timur, namun xadela loghat sangat dalam perbualan kami. Ya, tidak dinafikan aku penah rasa jatuh hati pada nya, namun semakin hari semakin aku hanya boleh menerima dia sebagai seorang kawan. Mungkin doa solat ku untuk bertemu jodoh yang sempurna untuk hidup ini, Allah hanya mengaturkan hubungan kami hanya sebagai kawan. Ketika bulan terakhir sebelum dia menghabiskan projek master di ibu negara, kami sempat berjumpa untuk kali terakhir. Dan itulah kali terakhir aku berjumpa dan tiada panggilan telefon dan sms antara kami selepas hari itu.
Didalam penulisannya didalam blog banyak kali nama aku hadir, dan perkara yang sama dituliskan ape yang terkandung dalam hati aku. Mungkin tuhan lebih mengetahui apa yang terbaek untuk kami. Semoga kau sukses selalu kawan percayalah kamu adalah seorang kawan yang best aku kenali.
Very Thanks,
Shaiful