
Assalamualaikum...
Semalam malam amat berat mata ini untuk aku lelapkan. Entah kenapa aku pun tak tahu. Teman serumahku pun sama, sering saja keluar masuk toilet sampai pkul 530 pagi lak tuh (padan muke ang zahir). Dalam aku berguling2 atas tilam yang berlapikkan toto aku bawa dari rumah, aku teringatkan akan maal hijrah yang kita umat islam satu dunia akan sambut pada hari sabtu ini. Semalaman aku memikirkan akan tarikh berkenaan. Entah kenapa semacam ada satu semangat baru pada tarikh 1 muharram 1433 itu. Sudah 1485 Rasulallah meninggalkan kita, semakin jauh umat manusia lalai dengan kelekaan dunia semenjak pemimpin ulung itu meninggalkan kita. Begitu juga aku, sering sahaja lalai dalam menjalani kehidupan seharian dibumi tuhan ini. Banyak fitnah-fitnah dunia yang telah aku tewas kerana iman yang lemah. Semakin hari semakin hampir kita pada hari yang dijanjikan tuhan. Terkenang dosa-dosa yang aku lakukan pada hari-hari yang lalu, seram beb. Kalau diberi peluang untuk tinggalkan, aku akan cuba gunakan. Tapi perkara yang lalu, biarkan berlalu. Masa yang ada dalam usia yang masih diberikan oleh tuhan, haruslah digunakan sebaek-baeknya. InsyAllah.
Semoga ma'al Hijrah yang akan datang ini memberi semangat baru pada aku dan kita semua. Cuba untuk berubah dari satu tahap yang lebih baek dan lebih baek.


