Tuesday, October 25, 2011

Selamat Berkahwin kawan2.




Kita makin menghampiri hujung tahun 2011, dan pada tahun ini, mungkin ramai yang memilih tarikh unik 11.11.11 untuk melangsungkan perkahwinan, kenapa unik, salah satu sebabnya, mudah diingati, korang boleh pilih 11.11.11 (jumaat) atau 12.12.12 (rabu)..hahaha, mengarut la aku ni.. Kenapa aku tiba-tiba sentuh cerita pasal kahwin?. Ini kerana aku mendapat banyak juga jemputan kawin dari kawan2 pada hujung tahun ni. Aku pulak terpikir bila pulak aku nak kawen. haha. Kalau dulu2 aku sentuh pasal bercouple dan etika pergaulan lelaki dan wanita dalam Islam dan kali ni aku kehadapan sedikit cerita pasal kahwin, yang paling utama apa pandangan aku mereka yang berkahwin diusia muda dan kalau tak sesuai, umur berapakah yang sesuai untuk berkahwin?


Usia muda aku rujuk kepada 25tahun kebawah la, sebab sebelum 25 tahun, mungkin ada yang masih belajar, ataupun masih tidak stabil dari segi kewangan. So ramai yang berpendapat, kahwin diusia 25 tahun adalah paling ideal jika dibanding kahwin muda, sebabnya:

1.) Kematangan – Sentuh pasal kematangan, tak ramai yang nak mengaku diri sendiri tak matang, nak mengaku diri sendiri matang ramai kot..Entahlah, mana mana lah..Kematangan yang nak aku sentuh adalah kematangan dalam menguruskan hal kewangan. Bila sebut pasal wang, mereka yang muda remaja mesti fikir pasal kereta, pasal rumah, pasal pakaian dan macam-macam, jadi yang kahwin muda kena fikir, adakah mereka sudah bersedia untuk mengorbankan masa-masa muda mereka? Masa-masa bersama-sama kawan mereka macam mana?.

Kalau pendapatan dah stabil mungkin boleh kumpul duit dan tak payah buat pinjaman bank, sebab hal-hal lepas kahwin pulak nak kena fikir-fikirkan.. Jadi manfaatkan masa muda untuk kumpul duit before fikir pasal kahwin. Dan tunaikan hajat korang untuk beri gaji pertama selepas bekerja kepada keluarga, lagi berkat gaji tu kalau diberi kepada ibu bapa.

2.) Tanggungjawab - Selalunya, tanggungjawab mesti dikaitkan dengan lelaki, tapi zaman sekarang, wanita juga ada tanggung jawab terhadap keluarga. Sekarang dah tak boleh cakap, awak lelaki awak kena bantu keluarga, wanita yang ada pendapatan kena juga bantu serba sedikit keluarga di kampung. Jika kahwin diusia muda, adakah mereka bersedia untuk bertanggungjawab keatas keluarga? ke atas ibubapa? dan tanggung jawab di tempat kerja? Tanggunga jawab kepada agama jangan dilupa!!!

Banyak kes penceraian berpunca dari lepas tanggungjawab, dan bila dah ada anak, tanggungjawab kepada anak pulak, nafkah lagi, mereka yang muda remaja ni dah tahu ke tanggungjawab itu ini? Bila sentuh pasal tanggungjawab, perkara ini antara bersedia atau tidak bersedia untuk bertanggungjawab. Bila berkahwin diusia muda, mungkin susah sikit nak ubah cara kita hidup, yelah, dulu hidup sorang, sekarang berdua, dan ibubapa pun dah bertambah (keluarga mentua).

Aku rasa dua perkara yang aku sentuh kematangan dan tanggungjawab ni perlu difikir bila nak berkahwin diusia muda, tapi aku tak menolak ada yang kahwin muda dan berkekalan hingga akhir hayat, ini cuma sekadar untuk bersama-sama berfikir dan pasal umur 25 tahun kebawah tu, cuma sekadar kayu ukur, so bila tengok umur seseorang jangan pula kata orang tu dah matang atau tak, jadi kenali dia sebelum buat penilaian.
Umur berapa yang sesuai untuk berkahwin?

Soalan bila nak kahwin ni, selalu diajukan kepada mereka yang nak masuk angka 30 tahun. Bila nak kahwinye? Umur dah meningkat..huh, pedih telinga dengarnya..Tapi, bagi aku, umur taklah menjadi masalah, merujuk kepada hukum perkahwinan, mungkin korang boleh agak, situasi-situasi dimana mereka itu dah boleh kahwin atau jajngan berkahwin..Jadi bila nak kahwinye?

a.) Bila dah bosan hidup membujang - Ini adalah ayat-ayat orang bujang kesepian. Bila masa-masa mudanya dihabiskan untuk mencari rezeki, terlupa pulak nak cari calon isteri. Bila duit dah banyak, rumah dah besar, mulalah sunyi tu datang, dan bila perkara ini berlaku, rasanya korang kena rancang untuk cari calon, cara paling pantas, suruh keluarga carikan atau mintak kawan recommendkan sesiapa yang menepati cita rasa..hehe

Ramai yang memilih untuk membujang adalah disebabkan pernah putus cinta, atau bila datang merisik belah perempuan letak harga mahal, secara tak langsung mematahkan semangat orang lelaki tu yang tak berapa kuat tu

b.) Bila nafsu naik ke kepala – Sebenarnya kalau ikutkan hukum perkahwinan, situasi ni dikira wajib kahwinlah kan? Jadi mereka-mereka yang faham faham tu, sudah sampai masanya untuk berkahwin, tapi macam mana kalau masih muda, tak ada duit tapi nak kahwin? Itu hukumnya makhruh (betulakan jika salah), ingin kahwin, tapi dikhuatiri tak mampu untuk menyara si isteri. Maaf, masa sekolah belajar, sekarang dah lupa..Tak apa, nanti pergi khursus kahwin..

c.) Bila dah mengikat ikatan pertunangan – Yang ni lain sikit, bila seseorang tu dah mengikat ikatan pertunangan, eloklah dipercepatkan, supaya tidak berlaku perkara yang tak diingini. Kalau buat perjanjian dua tahun, tapi nak kahwin lebih awal, itu lebih baik, sebab benda baik jangan dilengah-lengahkan..takut melepas.. Selalunya mereka yang kahwin lewat umur, antara 28 hingga 30, mereka memilih untuk bertunang lama, tapi akhirnya bernikah pada tempoh yang pendek, faham tak maksudnya? Mereka play safe, bila tunang lama, kiranya beri masa untuk kumpul wang hantaran, bila wang hantaran dan segala macam sudah cukup, kenapa nak tunggu sampai tempoh dua tahun, kahwin je la bila dah cukup serba serbi.

Kepada kawan2 yang ingin melangsungkan perkahwinan bulan depan ni (memang bnyak pun dapat jemputan), tahniah lah kerana berjaya menamatkan zaman kebujangan. Semoga bahagia ke anak cucu.


Sekian,

Assalamualaikum, xjawab dosa, kaalu jawab sayang...... Best Blogger Tips