Thursday, July 17, 2008

Sekapur Sireh

Assalamualaikum,

Salam perkenalan kepada semua dan terima kaseh kerana sudi membaca ruangan koran yang aku tuliskan ini. Buat pertama kalinya aku menulis diblog setelah usia aku sudah agak dewasa untuk memulakan penulisan ini. Tujuan aku menulis blog adalah untuk berkongsi buah fikiran aku dan pengalaman hidup dengan kawan2 diluar sana. Sebelum aku memulakan penulisan ini, suka aku perkenalkan diri ini, nama ku Shaiful, banyak sebenarnya nama panggilan aku, tetapi cukuplah kalian mengenali aku sebagai Shaiful. Aku seorang lelaki kacak dan kurus yang berambut kulut, dan mempunyai impian untuk menjadi seorang yang kaya suatu hari nanti, Ya.

Pada mulanya aku pun tidak tahu untuk apa aku menulis, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menulis dan disini aku rasa ada ruang untuk aku berkongsi idea2 kepada kalian semua. Sewaktu disekolah menengah dulu, aku agak aktif dalam penulisan bawah tanah, dan pernah ditangkap kerna dilabelkan sebagai black metal. Selepas kejadian itu aku mula jauhkan diri dalam dunia penulisan bebas ini, namun selepas hampir 10 tahun, semangat untuk menulis itu muncul semula. Tetapi kali ini, mungkin idea yang cuba aku tampilkan agak berbeza dengan penulisan aku yang dahulu. Aku akan cuba sedaya upaya memajukan ruangan dengan idea luahan hati dan beberapa info yang boleh aku kongsikan kepada semua.

Aku harapkan dapat menulis dengan konsisten dan terus menulis walaupun masa yang aku ada pada hari minggu sangatlah terhad dengan komitmen kerja. Pergi kerja matahari baru terbit, pulang kerja hari sudah gelap. Tapi aku harapkan semangat aku ini bukanlah seperti hangat2 tai ayam. Sebarang komen bolehlah kalian berikan disetiap post yang aku tuliskan. Cukuplah untuk kali ini aku rasakan.

Sekian……

Best Blogger Tips